comscore
Tumpuan :
Artikel

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit, Susulan Pengambilan Untung

Bursa Malaysia dibuka rendah daripada keuntungan minggu lalu hari ini. FOTO: NST

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah daripada keuntungan minggu lalu hari ini apabila aktiviti pengambilan untung muncul dalam saham wajaran tinggi terpilih berikutan penutupan kukuh pada hari Jumaat, kata peniaga.

Pada 9.23 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.30 mata kepada 1,503.89 daripada 1,506.19 pada penutup Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka 0.23 mata lebih tinggi pada 1,506.42.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung 194 berbanding 165, manakala 314 kaunter tidak berubah, 1,604 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 308.34 juta unit bernilai RM169.91 juta. – BERNAMA

Loading...
Terkini