comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi berubah arah dengan cepat, dengan pelabur kekal aktif dalam pasaran menjelang data Indeks Harga Pengguna (IHP) yang penting dari Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.53 mata kepada 1,606.41 berbanding 1,605.88 semasa ditutup semalam.Indeks barometer dibuka rendah 0.13 mata kepada 1,605.75.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 229 berbanding 141 manakala 327 kaunter tidak berubah, 1,671 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 311.67 juta unit bernilai RM149.0 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI mengekalkan kekuatannya melebihi paras 1,600, disokong oleh belian saham mewah yang berterusan.

“Hari ini, kami menjangka penyertaan dagangan akan sama dengan hari sebelumnya berikutan pelabur menunggu data IHP dari AS,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu, indeks dijangka berada dalam julat 1,600 hingga 1,610 sekali lagi, katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini