comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, melanjutkan kerugiannya semalam disebabkan aktiviti pengambilan untung berterusan dalam persekitaran prestasi Wall Street yang bercampur-campur.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.83 mata kepada 1,612.99 daripada paras penutup 1,615.82 semalam.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi rendah 1.11 mata kepada 1,614.71.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 224 berbanding 159, dengan 313 kaunter tidak berubah, 1,725 tidak diniagakan dan 50 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 255.54 juta saham bernilai RM118.80 juta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini