comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka rendah 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, mencerminkan sentimen pelabur berhati-hati berikutan prestasi bercampur-campur dalam pasaran global semalam.

Beberapa pelabur didapati mencari penawaran disebabkan penilaian yang lebih rendah.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.46 kepada 1,589.20 daripada 1,589.66 ketika ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.05 mata kepada 1,589.71.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 201 berbanding 150, dengan 300 kaunter tidak berubah, 1,767 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 232.32 juta unit bernilai RM89.65 juta.

Naib presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata FBM KLCI berada dalam aliran rendah, mencerminkan prestasi pasaran pesat membangun.

“Kami menjangkakan ini akan menawarkan peluang kepada pelabur untuk terlibat dalam pemburuan saham murah, memandangkan penilaian yang lebih murah,” kata Thong.

Beliau berkata Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, meneruskan penurunan berturut-turut untuk sesi keenam. Sebaliknya, minyak mentah Brent kekal tinggi melebuhi US$83 setong, ia akan memberikan rangsangan jangka pendek untuk stok tenaga.

“Kami menjangkakan indeks penanda aras akan berada dalam aliran dalam julat 1,590 hingga 1,610 mata hari ini,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini