comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka rendah

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat dalam persekitaran prestasi Wall Street yang lemah berikutan peniaga kekal tidak memasuki pasaran menjelang data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang baharu dikeluarkan hari ini, kata penganalisis.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.70 mata kepada 1,583.24 daripada 1,584.94 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 1.41 mata kepada 1,583.53.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 220 berbanding 182, dengan 332 kaunter tidak berubah, 1,679 tidak diniagakan dan 45 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 287.08 juta unit bernilai RM164.32 juta.

Dilaporkan Wall Street ditutup pada paras tidak berubah semalam yang menyaksikan Dow Jones Industrial Average naik 0.09 peratus atau 36 mata manakala Nasdaq menambah 0.3 peratus atau 53 mata.

Sementara itu, hasil 10 tahun AS merosot kepada 4.286 peratus berikutan tuntutan pengangguran yang tinggi menunjukkan pasaran pekerjaan AS yang lemah.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Research Kenny Yee percaya corak dagangan di bursa tempatan akan lemah hari ini menjelang data Perbelanjaan Penggunaan Peribadi AS dikeluarkan.

“Oleh itu, kami menjangka indeks petunjuk pasaran akan diniagakan antara 1,580 dan 1,590 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini