comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka rendah

FOTO: Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, mengambil petunjuk daripada keputusan pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) yang tidak muktamad, dengan pengambilan untung dialami dalam saham pengangkutan dan logistik serta tenaga, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 5.23 mata kepada 1,440.96 daripada 1,446.19 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks utama pasaran itu dibuka 3.88 mata lebih rendah kepada 1,442.31.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 236 berbanding 66, manakala 175 kaunter tidak berubah, 1,849 kaunter tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 134.94 juta unit bernilai RM42.33 juta. –  BERNAMA

Loading...
Terkini