comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan sentimen lemah

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia tidak dapat meneruskan kenaikan semalam apabila dibuka rendah pada Rabu berikutan minat pelabur telah dipengaruhi oleh sentimen lemah yang dibawa Wall Street apabila mengalami penurunan dalam tempoh semalaman.

Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.89 mata kepada 1,450.11 daripada 1,451.0 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka 0.70 mata lebih rendah kepada 1,450.3.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata FBM KLCI mengekalkan aliran meningkat untuk kekal di atas paras 1,450 semalam apabila pembelian asing berterusan, terutama di kaunter-kaunter bank.

“Walaupun kami yakin indeks akan mengalami lebih banyak peningkatan selepas ini namun, kebimbangan baharu berkaitan bank-bank Amerika Syarikat (AS) mungkin memberi kesan kepada sentimen dalam jangka masa terdekat. Justeru, kami menjangkakan indeks itu berada dalam aliran berjulat 1,445 hingga 1,455 hari ini.

“Kami mendapati harga minyak sawit mentah (MSM) telah menurun secara ketara sepanjang minggu lepas, sekali gus boleh menambah tekanan kepada sektor perladangan,” katanya kepada Bernama.

Thong berkata Wall Street ditutup rendah malam tadi berikutan Moody’s menurunkan penarafan ke atas sektor perbankan AS dan ini mencetuskan semula kebimbangan mengenai potensi krisis dalam sektor itu.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd menjelaskan penurunan baru baru-baru telah berakhir dan dan bursa tempatan kembali kepada pemacuan pemulihan.

Memandangkan sentimen semakin positif sejak akhir-akhir ini, momentum pembelian mungkin berterusan, menurutnya dalam nota penyelidikan.

“Namun, kami tetap berhati-hati bahawa keuntungan mungkin dinilai menjelang pilihan raya negeri Malaysia, ditambah dengan turun naik ketara baharu di Wall Street.

“Saham berharga rendah juga berada pada kedudukan yang lebih baik dengan belian secara bergilir-gilir bersambung semula menjelang musim pelaporan prestasi korporat suku tahunan,” tambahnya.

Firma pembrokeran itu juga menjelaskan pelabur akan memantau kadar inflasi China dan data jualan runcit Malaysia yang akan dikeluarkan hari ini.

Loading...
Terkini