comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka rendah, kegiatan pengambilan untung berterusan pagi ini 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Aktiviti pengambilan untung yang berterusan membabitkan saham wajaran tinggi terpilih mendorong dagangan di Bursa Malaysia pagi ini dibuka rendah di tengah-tengah sentimen berhati-hati di bursa serantau, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.0 mata kepada 1,454.99 daripada penutupan Isnin 1,457.99. Indeks utama dibuka pada paras 1,456.72, susut 1.27 mata lebih rendah pada 1,456.72.

Bagaimanapun di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 212 berbalas 149 manakala 292 kaunter tidak berubah, 1,721 tidak diniagakan dan 11 digantung.

Jumlah dagangan 412.77 juta unit bernilai RM160.48 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street mengakhiri dagangan semalaman tidak berubah apabila para pelabur terus mengambil sikap berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) selama dua hari yang akan menentukan hala tuju kadar faedah AS.

Pada masa sama, pasaran-pasaran Eropah dan Asia ditutup rendah kerana pelabur menantikan data ekonomi utama dari Jepun dan China yang akan dikeluarkan pada akhir minggu.

Di dalam negara pula, ia berkata memandangkan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS hanya akan dimuktamadkan esok, aktiviti dagangan dijangka perlahan.

“Bagaimanapun, peniaga mungkin mengalihkan perhatian mereka kepada pemangkin domestik seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan memorandum persefahaman bernilai berbilion ringgit yang ditandatangani dengan syarikat China pada hujung minggu,” katanya.

Loading...
Terkini