Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka rendah kerana kekurangan petunjuk baharu

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin agak tinggi tetapi turun selepas itu sejajar dengan prestasi pasaran serantau kerana pelabur masih berada di luar pasaran berikutan kekurangan petunjuk baharu, kata peniaga.

Pada 9.31 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.82 mata kepada 1,455.34 daripada 1,457.16 pada penutup Jumaat.

Indeks utama dibuka 0.03 mata lebih tinggi pada 1,457.19.

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas bagaimanapun menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 298 berbalas 207, manakala 263 kaunter tidak berubah, 1,561 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 636.94 juta unit bernilai RM236.17 juta.

Loading...
Terkini