comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka rendah ketika Wall Street bercampur-campur

Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia rendah pada sesi awal urus niaga pagi Rabu apabila pelabur terus menumpukan perhatian kepada undian siling hutang Amerika Syarikat (AS) manakala Wall Street tidak banyak menyediakan petunjuk selepas mempamerkan prestasi semalaman yang bercampur-campur.

Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.25 mata kepada 1,395.66 daripada 1,396.91 pada penutup semalam.

Namun begitu, indeks barometer dibuka 1.79 mata lebih tinggi pada 1,395.12.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 183 berbalas 137, manakala 201 kaunter tidak berubah, 1,727 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan RM292.03 juta bernilai RM125.18 juta.

Loading...
Terkini