comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka rendah, lanjutkan kerugian

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia melanjutkan aliran menurunnya untuk dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street semalaman dalam persekitaran kebimbangan mengenai kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.30 mata kepada 1,604.05 daripada paras penutup 1,605.35 semalam.Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah 2.14 mata kepada 1,603.21.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 416 berbanding 144, dengan 282 kaunter tidak berubah, 1,571 tidak diniagakan dan 70 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 414.44 juta saham bernilai RM237.97 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street AS merosot apabila wujud sentimen tidak menentu mengenai kebimbangan kadar faedah berikutan hasil perbendaharaan yang lebih tinggi.

Beliau berkata ketika peniaga menunggu data inflasi utama esok, ramai yang memutuskan untuk mengambil keuntungan berikutan kenaikan saham AS baru-baru ini.

“Sehubungan itu, Purata Perindustrian Dow Jones kehilangan 411.32 mata manakala Nasdaq Composite susut 99.30 mata apabila hasil 10 tahun AS lebih tinggi pada 4.61 peratus,” katanya kepada Bernama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini