comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka rendah meskipun Wall Street catat peningkatan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Meskipun Wall Street mencatatkan keuntungan semalaman, ini gagal membantu Bursa Malaysia yang memulakan urus niaga pagi agak rendah, di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu ini.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun sebanyak 8.86 mata kepada 1,441.68 daripada 1,450.54 penutup Selasa.

Pasaran dibuka 3.04 mata lebih rendah untuk mencatatkan paras 1,447.50.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 153 berbalas 105, manakala 188 kaunter tidak berubah, 1,879 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 88.74 juta unit bernilai RM40.90 juta. – BERNAMA

Loading...
Terkini