comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal urus niaga 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal urus niaga pagi ini dan dagangan agak lesu berikutan kekurangan berita penggerak pasaran selain para pelabur mengambil sikap berhati-hati sementara menantikan data indeks pembuatan yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Sesetengah pelabur di pasaran tempatan  juga dilihat mengaut keuntungan daripada saham wajaran tinggi selepas pengumuman keputusan kewangan masing-masing.

Pasaran semalaman Wall Street ditutup sempena Hari Peringatan (Memorial Day) manakala pasaran China terjejas oleh keputusan perindustrian China yang kurang menggalakkan.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 5.47 mata kepada 1,399.46 berbanding 1,404.93 pada penutupan Isnin.

Namun begitu, indeks utama dibuka 1.11 mata lebih tinggi pada 1,406.04 sebelum menyusut kemudiannya.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 186 berbalas 128, manakala 225 kaunter tidak berubah, 1,725 tidak diniagakan dan 60 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 167.56 juta unit bernilai RM91.54 juta. — BERNAMA

Loading...
Terkini