
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini di tengah-tengah prestasi serantau yang bercampur-campur, kata seorang penganalisis.
Pada 9.14 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.07 mata kepada 1,452.97 daripada 1,455.04 pada penutup Isnin.
Indeks utama dibuka pada paras 1,454.14, susut 0.9 mata.
Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 175 berbalas 136 manakala 270 kaunter tidak berubah dan 1,741 tidak didagangkan.
Jumlah dagangan 268.08 juta unit bernilai RM106.73 juta.