comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka rendah, prestasi semalaman Wall Street turut lemah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan pagi Khamis apabila prestasi semalaman Wall Street turut merosot.

Selain itu, para pelabur juga mengambil sikap berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat dan China.

Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.51 mata kepada 1,445.31 daripada penutupan Rabu 1,445.82.

Indeks utama dibuka 2.93 mata lebih rendah pada paras 1,442.89.

Pergerakan harga di pasaran bercampur-campur, menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 147 berbalas 132,  manakala 238 kaunter tidak berubah, 1,805 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 212.24 juta unit bernilai RM82.49 juta.

Data pekerjaan AS yang akan dikeluarkan pada Jumaat menyebabkan pelabur mengambil sikap berhati-hati.

Di Wall Street, harga saham ditutup rendah walaupun terdapat tanda-tanda pasaran pekerjaan yang perlahan selepas firma pemprosesan gaji ADP menunjukkan pekerjaan sektor swasta di AS meningkat tetapi kurang daripada yang dijangkakan pada bulan November.

China pula akan mengeluarkan angka dagangan bulan Novembernya hari ini.

Naib Presiden Penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berpendapat aktiviti memburu saham murah mungkin akan muncul pada bila-bila masa memandangkan bursa tempatan telah turun secara menyeluruh.

Loading...
Terkini