comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka rendah, seiring Wall Street

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di Wall Street ketika para peniaga menilai ulasan lebih banyak kenaikan kadar menjelang suku akhir 2023 oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS), kata seorang penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.11 mata kepada 1,445.10 daripada paras penutup 1,448.21.

Indeks utama itu dibuka rendah turun 2.33 mata kepada 1,445.88.

Suasana pasaran negatif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 200 berbanding 83, manakala 238 kaunter tidak berubah, 1,870 tidak diniagakan dan 49 digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 142.17 juta unit bernilai RM58.36 juta.

Loading...
Terkini