comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan aktiviti pengambilan untung

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih sejajar dengan prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.13 mata kepada 1,621.05 daripada paras penutup 1,629.18 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 4.22 mata kepada 1,624.96.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 463 berbanding 128, dengan 306 kaunter tidak berubah, 1,509 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 332.60 juta saham bernilai RM203.65 juta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini