comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi bercampur-campur Wall Street

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini susulan prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman apabila sentimen secara keseluruhannya masih tanpa hala tuju dengan para peniaga menunggu pengumuman data terkini inflasi pada lewat minggu ini.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.92 mata kepada 1,549.88 daripada paras penutup 1,558.80 semalam.Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 2.50 mata kepada 1,556.30.

Sentimen pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 220 berbanding 181, manakala 294 kaunter tidak berubah, 1,614 tidak diniagakan dan 77 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 579.06 juta unit bernilai RM186.52 juta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini