comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat walaupun Wall Street semalaman mencatatkan mendatar selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Disember lebih tinggi daripada jangkaan, mewujudkan persoalan baharu mengenai landasan Rizab Persekutuan terhadap kadar faedah.

Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.09 mata kepada 1,484.09 daripada 1,483.00 pada Khamis.

FBM KLCI dibuka tinggi 0.24 mata kepada 1,483.24.Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 169 berbanding 164 manakala 304 kaunter tidak berubah, 1,582 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 264.85 juta unit bernilai RM127.67 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata susulan Wall Street semalaman mencatatkan mendatar, Dow Jones Industrial Average naik 13.3 mata atau 0.04 peratus manakala Nasdaq hampir tidak berubah.

“Di Asia, indeks utama ditutup kebanyakannya tinggi dengan kenaikan yang kukuh di Jepun didorong oleh jangkaan bahawa Bank of Japan akan mengekalkan dasar kadar faedah rendah dalam masa terdekat.

“Di Hong Kong, saham meningkat semula berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah dan saham teknologi yang pulih. Sehubungan itu, Indeks Hang Seng menambah 205 mata atau 1.3 peratus untuk ditutup melebihi paras 16,000,” katanya kepada Bernama.

Loading...
Terkini