comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka tinggi 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi walaupun prestasi Wall Street kurang menggalakkan pada Jumaat lepas berikutan ketegangan yang meningkat di Timur Tengah, kata penganalisis.

Pada 9.25 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.73 mata kepada 1,557.30 daripada 1,547.57 pada Jumaat lalu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi satu mata kepada 1,548.57.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 367 berbanding 197 manakala 274 kaunter tidak berubah, 1,535 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 445.25 juta unit bernilai RM277.67 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangka ketidaktentuan kadar faedah global, selain pendapatan beberapa syarikat utama pada minggu ini akan mewujudkan aktiviti pengambilan untung.

Beliau berkata pada Jumaat lalu, Dow Jones Industrial (DJI) Average menambah 211 mata dan Nasdaq merosot 319 mata berikutan hasil 10 tahun AS susut kepada 4.621 peratus.

Selain itu, katanya situasi di Hong Kong juga kurang menggalakkan dengan Indeks Hang Seng berkurangan 162 mata berikutan peniaga menjual ekuiti untuk aset selamat, iaitu emas.

“Kami percaya dagangan akan menjadi berhati-hati berikutan situasi tidak menentu yang meningkat.

Oleh itu, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,540-1,550 hari ini,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini