comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula untuk dibuka tinggi pada Khamis, didorong momentum belian berterusan walaupun prestasi di Wall Street bercampur-campur dalam tempoh semalaman, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.36 mata kepada 1,606.11 daripada 1,604.75 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.46 mata lebih tinggi kepada 1,606.21.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 187 berbanding 134, manakala 300 kaunter kekal tidak berubah, 1,707 kaunter tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 209.58 juta unit bernilai RM90.07 juta.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd, FBM KLCI kekal dalam sentimen peningkatan walaupun menghadapi tekanan jualan semasa sesi petang pada Rabu.

Firma pembrokeran itu berpandangan bahawa pembetulan berjeda semalam sebagai sesuatu yang baik dan mungkin bertindak sebagai asas kukuh untuk aliran meningkat bursa tempatan yang berterusan.

“Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks berlegar di antara 1,600 dengan 1,615 kerana kami yakin dana asing akan terus membeli saham wajaran tinggi tempatan,” menurutnya dalam nota penyelidikan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM9.79, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM4.20 dan RM6.31, Tenaga Nasional turun dua sen kepada RM12.38 manakala CIMB naik dua sen kepada RM6.76.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini