comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka tinggi

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, pulih daripada aktiviti pengambilan untung pada hari sebelumnya berikutan sentimen pasaran yang kukuh secara berterusan, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.16 mata kepada 1,621.43 daripada 1,618.27 pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.38 mata kepada 1,620.65.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 234 berbanding 203 dengan 299 kaunter tidak berubah, 1,688 tidak diniagakan dan 67 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 229.10 juta saham bernilai RM126.64 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata walaupun Wall Street ditutup sempena Hari Peringatan semalam, didapati pasaran niaga hadapan menunjukkan trend positif untuk ketiga-tiga indeks utama pada masa ini.

“Bagaimanapun, perhatian akan tertumpu kepada data perbelanjaan penggunaan peribadi AS yang dijadual dikeluarkan pada Jumaat ini,” katanya kepada Bernama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini