comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka tinggi

 

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi selepas bursa tempatan ditutup di bawah paras 1,600 pada Jumaat lepas, kata penganalisis.

Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.13 mata kepada 1,600.81 daripada 1,596.68 pada Jumaat lepas.

Indeks barometer dibuka rendah 0.74 mata kepada 1,595.94.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 343 berbanding 271, dengan 349 kaunter tidak berubah, 1,389 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 415.88 juta saham bernilai RM252.56 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangka FBM KLCI akan meningkat semula hari ini selepas ditutup di bawah paras 1,600 pada Jumaat lepas.

“Terdapat aktiviti belian saham pada harga rendah, sekali gus menjangka indeks akan berada antara 1,600 dan 1,615 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Wall Street ditutup bercampur-campur berikutan data pembuatan dan pembinaan Amerika Syarikat (AS) yang lemah serta harga minyak mentah yang merosot.

BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini