comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari pertama Disember, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif berikutan peniaga menyambut baik kenyataan daripada Rizab Persekutuan AS (Fed) bahawa ia akan mengambil langkah kurang agresif mengenai kenaikan kadar pada masa depan.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.08 mata kepada 1,492.88 daripada 1,488.80 semalam.

Saham pandu pasaran dibuka tinggi 2.00 mata kepada 1,490.80.

Terdapat 286 kaunter untung dan 116 kaunter rugi dalam pasaran secara menyeluruh manakala 231 kaunter tidak berubah, 1,600 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 228.96 juta unit bernilai RM94.08 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI akhirnya keluar daripada fasa konsolidasi yang disokong oleh aktiviti belian yang kukuh.

“Kami melihat berita baru-baru ini untuk memulihkan ekonomi negara dijangka menyebabkan peralihan minat kepada sektor pembinaan berikutan kesan pengganda yang dianggap paling tinggi untuk memacu aktiviti ekonomi domestik.

“Sementara itu, sekatan yang longgar di Guangzhou dan Chongqing juga dijangka meningkatkan sentimen serantau.

Oleh itu, kami menjangka indeks akan diniagakan dalam julat 1,485-1,500 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, penanda aras minyak mentah Brent ditutup melebihi paras US$85 setong, berikutan paras inventori yang lebih rendah daripada jangkaan, kata Thong. – BERNAMA

Loading...
Terkini