comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, didorong terutamanya oleh belian daripada dana asing, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.68 mata kepada 1,619.08 daripada 1,615.40 semalam.

Indeks barometer dibuka rendah 0.59 mata kepada 1,614.81.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 274 berbanding 156, dengan 334 kaunter tidak berubah, 1,581 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 246.60 juta saham bernilai RM143.49 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI melepasi paras 1,610 dan percaya jualan di bursa tempatan pada minggu lepas adalah berlebihan.

“Kami menjangka belian akan didorong oleh pelabur asing, yang akan membolehkan indeks petunjuk pasaran melepasi fasa konsolidasinya baru-baru ini.

“Oleh itu, kami menjangka indeks akan berada antara 1,620-1,630 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini