comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka tinggi

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, menjejaki kenaikan semalaman Wall Street, kata seorang penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.62 mata kepada 1,615.15 daripada 1,608.53 semalam.

Indeks barometer dibuka tinggi 3.29 mata kepada 1,611.82.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 316 berbanding 124, dengan 353 kaunter tidak berubah, 1,575 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 251.16 juta saham bernilai RM186.07 juta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini