comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan minggu ini dengan lebih positif, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan fasa konsolidasi dalam beberapa sesi sebelumnya, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

FBM KLCI dibuka naik 2.07 mata pada 1,609.39.
Kaunter untung mendahului rugi iaitu 340 berbanding 170 manakala 383 kaunter tidak berubah, 1,507 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 275.18 juta unit bernilai RM132.59 juta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini