comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka tinggi, dipacu saham tenaga

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Minat belian dalam saham tenaga serta prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan Jumaat minggu lepas, mendorong Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini lebih tinggi, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.29 mata untuk mencatatkan paras 1,439.57 daripada penutupan Jumaat pada 1,438.28.

Pada pembukaan dagangan, indeks utama naik 2.90 mata kepada 1,441.18.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 179 berbalas 104, manakala 225 kaunter tidak berubah, 1,817 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 128.47 juta unit bernilai RM44.16 juta. – BERNAMA

Loading...
Terkini