comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Prestasi Wall Street Yang Kembali Pulih

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada sesi awal urus niaga, mengikuti rapat prestasi Wall Street semalaman yang kembali pulih, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.02 mata kepada 1,404.64 daripada 1,397.62 penutup Isnin.

Indeks penanda aras dibuka 6.14 mata lebih baik pada 1,403.76.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 282 berbalas 62, manakala 156 kaunter tidak berubah, 1,853 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 119.91 juta unit bernilai RM68.64 juta.

Loading...
Terkini