
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat namun mengalami penurunan selepas itu berikutan pengambilan untung yang berlanjutan di kaunter berwajaran tinggi terpilih, dalam keadaan sentimen yang kebanyakannya lemah dalam bursa serantau, kata peniaga.
Pada 9.34 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.67 mata kepada 1,446.31 daripada 1,447.98 ketika ditutup pada Khamis.
Indeks utama itu dibuka 1.25 mata lebih tinggi kepada 1,449.23.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 342 berbanding 154, manakala 310 kaunter tidak berubah, 1,542 kaunter tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 546.91 juta unit bernilai RM219.92 juta.