comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit susulan keyakinan pelabur

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkatnya untuk dibuka tinggi sedikit pagi ini mendapat rangsangan daripada sentimen positif pasaran susulan peningkatan di Wall Street semalaman.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.04 mata kepada 1,492.23, daripada paras penutup 1,491.19 pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi naik 1.37 mata kepada 1,492.56.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 157 berbanding 112, manakala 240 kaunter tidak berubah, 1,763 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 182.68 juta unit bernilai RM76.33 juta.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata Wall Street meneruskan aliran meningkatnya apabila para peniaga tidak begitu mengambil kira sama ada ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan dapat berjaya menangani penurunan sederhana di tengah-tengah petunjuk ekonomi yang bercampur-campur.

“Bagaimanapun, memandangkan kesemua ketiga-tiga indeks utama berada pada paras tertinggi masing-masing, suatu yang menarik untuk melihat sama ada asas yang ada sekarang mampu mengekalkan kenaikan itu,” katanya.

Di bursa tempatan, FBM KLCI ditutup kukuh semalam berikutan sokongan daripada aktiviti membeli saham berharga rendah..

“Kami berharap indeks itu boleh melepasi paras 1,500 tidak lama lagi untuk mengekalkan trajektori meningkat.

“Bagi hari ini, kami percaya indeks utama akan berlegar dalam jajaran 1,490-1,500, seiring dengan prestasi positif di Wall Street,” katanya kepada Bernama.

Loading...
Terkini