comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Pengukuhan Wall Street

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini seiring dengan kebanyakan pasaran serantau utama, dipengaruhi oleh prestasi kukuh Wall Street semalaman.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.30 mata atau 0.67 peratus kepada 1,395.57 daripada 1,386.27 penutup Isnin.

Indeks utama dibuka pada 1,392.92, meningkat 6.65 mata.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 219 berbalas 61, manakala 178 kaunter tidak berubah, 1,892 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 107.87 juta unit bernilai RM47.63 juta. -BERNAMA

Loading...
Terkini