comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi menurun susulan kekurangan sokongan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Indeks barometer Bursa Malaysia memulakan minggu ini dengan sentimen positif tetapi kemudiannya merosot berikutan kekurangan sokongan, menjejaki prestasi Wall Street yang lemah susulan jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang mungkin menangguhkan penurunan kadar faedah.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,617.43 daripada 1,617.86 pada Jumaat lepas.

Indeks barometer dibuka tinggi 1.38 mata kepada 1,619.24.

Bagaimanapun, dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 259 berbanding 201, dengan 368 kaunter tidak berubah, 1,570 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 297.44 juta unit bernilai RM116.27 juta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini