comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia diniagakan tinggi, didorong kegiatan memburu saham murah pagi ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini, disokong kegiatan memburu saham berharga murah selain mengambil petunjuk prestasi pasaran serantau lain.

Pada 9.33 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.83 mata kepada 1,455.12 daripada penutupan semalam pada 1,453.29.

Indeks dibuka 2.49 mata lebih baik pada 1,455.78.Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mendahului kaunter untung 265 berbalas 226, manakala 320 kaunter tidak berubah, 1,591 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 572.35 juta unit bernilai RM317.79 juta.Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup untuk sambutan Hari Kesyukuran, manakala pasaran serantau utama ditutup kebanyakannya lebih tinggi semalam dengan keuntungan kukuh di China dan Hong Kong disebabkan pembelian lewat.

“Namun begitu, kami masih mengambil sikap berhati-hati,” katanya kepada Bernama.

Loading...
Terkini