comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur susulan sentimen serantau lemah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan indeks utama meningkat sedikit, disokong oleh kenaikan separuh daripada komponen indeks utama terutamanya saham wajaran berat berkaitan sarung tangan dalam persekitaran prestasi serantau yang lemah.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi petunjuk pasaran meningkat 0.24 peratus atau 3.55 mata untuk berakhir pada 1,449.74 daripada 1,449.74 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks itu dibuka 3.38 mata lebih lemah kepada 1,442.31 sebelum bergerak di antara 1,440.76 dengan 1,453.27 sepanjang dagangan hari ini.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 468 berbanding 344 manakala 394 kaunter tidak berubah, 1,120 kaunter tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.47 bilion unit bernilai RM1.45 bilion daripada 3.07 bilion unit bernilai RM1.72 bilion pada Rabu. – BERNAMA

Loading...
Terkini