comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup dalam julat negatif susulan pengambilan untung berterusan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dalam julat negatif susulan aktiviti pengambilan untung yang berterusan disebabkan peningkatan kukuh pada Khamis minggu lepas.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata bagaimanapun indeks petunjuk pasaran ditutup pada paras terendahnya berikutan terdapat aktiviti belian pada sesi dagangan petang.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.58 mata kepada 1,476.96 berbanding 1,486.54 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Sewaktu pasaran dibuka, indeks tersebut menyusut 2.77 mata kepada 1,483.77 dan bergerak di antara 1,467.26 dengan 1,486.68 sepanjang sesi dagangan.

Bagaimanapun, suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 564 berbanding 409, manakala 358 kaunter tidak berubah, 927 tidak diniagakan dan 67 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.40 bilion unit bernilai RM2.47 bilion daripada 4.41 bilion unit bernilai RM2.75 bilion pada Jumaat lepas. – BERNAMA

Loading...
Terkini