comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup kukuh pada paras tertinggi intra hari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatatkan prestasi kukuh hari ini apabila indeks utama ditutup pada paras tertinggi intra harinya meskipun prestasi lemah di kebanyakan pasaran utama serantau, dengan belian tertumpu kebanyakannya dalam saham utiliti serta perkhidmatan kewangan.

Saham YTL Power International melonjak 31 sen kepada RM3.68, YTL Corporation naik 12 sen kepada RM2.36 dan Maybank meningkat enam sen kepada RM9.06.  Saham-saham ini membantu meningkatkan indeks komposit dengan gabungan sebanyak 7.53 mata.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.34 mata kepada 1,487.34 daripada paras penutup 1,483.00.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi naik 0.24 mata kepada 1,483.24 pagi ini dan mencecah paras terendah intra hari pada 1,482.02 semasa sesi selepas dagangan pagi.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 492 berbanding 486, manakala 445 kaunter tidak berubah, 796 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 4.08 bilion unit bernilai RM2.84 bilion daripada 4.64 bilion unit bernilai RM3 bilion pada Khamis.

Rakan pengurusan SPI Asset Management  Stephen Innes berkata inflasi keseluruhan Amerika Syarikat (AS) lebih tinggi daripada yang dijangkakan, namun inflasi supercore (lonjakan harga perkhidmatan) yang dipantau rapat oleh Rizab Persekutuan (AS) lebih rendah daripada jangkaan.

“Oleh itu, unjuran penurunan kadar berasaskan pasaran pada Mac masih kekal teguh, dengan hasil bon 10 tahun AS masih didagangkan empat peratus, yang akan memberi sokongan kepada bursa tempatan,” katanya kepada Bernama.

Loading...
Terkini