
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini di tengah-tengah pasaran serantau yang bercampur-campur dan dagangan yang tidak menentu di Wall Street semalaman, kata seorang peniaga.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.44 mata kepada 1,440.11 daripada paras penutup 1,445.55 pada Selasa selepas dibuka rendah turun 4.69 mata kepada 1,440.86.
Indeks petunjuk pasaran bergerak antara paras 1,436.75 dan 1,441.87 sepanjang sesi dagangan.
Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 572 berbanding 341 manakala 442 kaunter tidak berubah, 1,032 tidak diniagakan dan 100 yang lain digantung.
Jumlah dagangan susut kepada 2.97 bilion unit bernilai RM1.94 bilion daripada 3.15 bilion unit bernilai RM1.95 bilion.