comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan awal untuk ditutup lebih rendah hari ini berikutan indeks utama berjuang untuk kekal meningkat dalam kebanyakan sesi dagangan, di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di pasaran serantau.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.89 mata kepada 1,454.09 berikutan jualan sederhana ke atas saham wajaran tinggi, terutamanya melibatkan kaunter perkhidmatan kewangan dan perladangan berbanding 1,454.98 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks utama itu dibuka 2.98 mata lebih tinggi kepada 1,457.96 sebelum bergerak di antara 1,452.28 dengan 1,459.86 sepanjang dagangan hari ini.

Bagaimanapun, keseluruhan pasaran kekal positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 505 berbanding 325, manakala 395 kaunter tidak berubah, 1,136 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.53 bilion unit bernilai RM1.87 bilion daripada 2.61 bilion unit bernilai RM1.80 bilion pada Rabu. – BERNAMA

Loading...
Terkini