comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia merosot daripada kenaikan semalam untuk ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung dalam kebanyakan saham wajaran tinggi walaupun prestasi yang menggalakkan dalam bursa serantau.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 14.46 mata atau 0.99 peratus kepada 1,445.92 daripada 1,460.38 pada Isnin.

Indeks utama, yang dibuka rendah 2.74 mata kepada 1,457.64, bergerak antara 1,443.54 dan 1,457.64 sepanjang hari.

Pasaran yang lebih luas turut negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 479 berbanding 381 manakala 388 kaunter tidak berubah, 1,056 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.98 bilion unit bernilai RM1.56 bilion daripada 2.89 bilion unit bernilai RM1.94 bilion pada Isnin. — BERNAMA

Loading...
Terkini