comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut pada Selasa dengan indeks utama turun 0.92 peratus apabila sentimen menjadi tidak menentu dengan pelabur mengurangkan pegangan mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata seorang peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 13.46 mata untuk ditutup kepada 1,450.54 berbanding paras penutup 1,464.00 pada Isnin.

Petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 2.49 mata kepada 1,461.51, paras terendah intra harinya dan mencecah paras tertinggi intra hari pada 1,447.87 dalam sesi awal pagi.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 541 berbanding 332, manakala 376 kaunter tidak berubah, 1,076 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 2.78 bilion unit bernilai RM1.68 bilion daripada 2.80 bilion unit bernilai RM1.57 bilion pada Isnin. – BERNAMA

Loading...
Terkini