comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini terutama berikutan aktiviti pengambilan untung, tetapi indeks utama kekal melebihi paras psikologi 1,600, kata penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 6.87 mata atau 0.43 peratus, kepada 1,608.53 daripada 1,615.40 semasa ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka 0.59 mata lebih rendah kepada 1,614.81, berubah-ubah antara 1,608.53 dan 1,622.65 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 599 berbanding 547, dengan 487 kaunter tidak berubah, 712 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan merosot kepada 4.28 bilion unit bernilai RM3.40 bilion daripada 4.46 bilion unit semalam bernilai RM3.94 bilion.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI ditutup rendah berikutan lonjakan pasaran semalam.

“Penurunan ini terutama disebabkan aktiviti pengambilan untung berikutan kebimbangan pelabur mengenai potensi stagflasi di Amerika Syarikat (AS) bertambah selepas Tinjauan Pembukaan Pekerjaan dan Pusing Ganti Buruh (JOLTS) meraih keputusan yang lebih lemah berbanding jangkaan.

“Bagaimanapun, kami percaya kebimbangan mengenai stagflasi AS hanyalah cakap-cakap pasaran kerana ia tidak disokong oleh data ekonomi kukuh lain. Amaran berhubung  kemungkinan stagflasi di AS telah wujud secara berkala pada 2021, 2022 dan 2023,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, di dalam negara, data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) yang kukuh bagi Mei, menunjukkan pengembangan pertama sejak Ogos 2022, menunjukkan penghantaran keluar barangan perkilangan dijangka berkembang lebih pesat pada separuh kedua 2024.

“Sektor pembuatan bersedia dengan pertumbuhan positif pada 2024, disokong oleh unjuran pasaran semikonduktor global yang memberangsangkan.

“Eksport produk elektrik dan elektronik (E&E), yang merangkumi lebih 40 peratus daripada jumlah eksport Malaysia, dijangka mendapat manfaat yang lebih besar,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini