comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, didorong oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan, sejajar dengan penurunan dalam kebanyakan bursa serantau berikutan pelabur terus berhati-hati menjelang data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan pada Khamis, kata peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 0.77 mata atau 0.05 peratus, untuk ditutup kepada 1,441.35 daripada 1,442.12 pada Isnin.

Saham pandu pasaran, yang dibuka tinggi 5.0 mata kepada 1,447.12, bergerak antara 1,433.29 dan 1,447.85 sepanjang hari.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 470 berbanding 361 manakala 381 kaunter tidak berubah, 1,103 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 3.04 bilion unit bernilai RM1.57 bilion daripada 2.79 bilion unit bernilai RM1.64 bilion pada Isnin. – BERNAMA

Loading...
Terkini