comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

Bursa Malaysia meneruskan penyusutan semalam apabila ditutup lebih rendah pada hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang ketara, sebahagian besarnya membabitkan kaunter pengangkutan, logistik dan utiliti.

Menurut peniaga, ini turut dijejaskan lagi oleh keadaan prestasi pasaran serantau yang lemah.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.54 mata kepada 1,516.62 berbanding 1,518.16 yang dicatatkan semalam.

Indeks utama itu yang dibuka pada turun 1.38 mata kepada 1,516.78 pada pagi ini, bergerak dalam jajaran 1,514.67 hingga 1,5222.52 sepanjang sesi dagangan.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 487 berbanding 364 manakala 415 kaunter lain tidak berubah, 1,032 tidak diniagakan dan enam lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.51 bilion unit bernilai RM1.95 bilion daripada 2.72 bilion unit bernilai RM1.91 bilion pada Rabu.

Kaunter MISC dan TNB adalah antara penyumbang utama bagi penyusutan indeks komposit dengan masing-masing berkurangan 35 sen dan 9.0 sen kepada RM6.87 serta RM8.78 yang melibatkan gabungan sebanyak 3.55 mata.

Dalam pada itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran utama di peringkat serantau ditutup rendah susulan petunjuk negatif semalaman Wall Street, didorong oleh kebimbangan mengenai pertumbuhan yang perlahan dan lonjakan inflasi yang terus memberi tekanan ke atas sentimen pasaran.

“Selain itu, China dan Hong Kong turut dijejaskan oleh perkembangan berkaitan keuntungan yang melibatkan Country Garden Holdings,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, Thong berkata FBM KLCI bergerak dalam jajaran kecil akibat pengambilan untung walaupun aliran dana asing terus memasuki pasaran tempatan.

“Bagaimanapun, indeks utama itu kekal mendapat sokongan di paras lebih 1,510. Biarpun terdapat aliran masuk dana asing yang ketara, sentimen pasaran kekal berhati-hati akibat ketidaktentuan di peringkat global.

“Sehubungan itu, kami menjangkakan FBM KLCI kekal dalam sentimen pengukuhan dan bergerak dalam lingkungan 1,510-1,525 menjelang akhir minggu ini,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank rugi 2.0 sen kepada RM8.95, Public Bank tidak berubah pada RM4.65 manakala Petronas Chemicals menokok 3.0 sen kepada RM8.75, IHH Healthcare untung 1.0 sen kepada RM6.51 dan CIMB naik 2.0 sen kepada RM5.47.

Bagi saham aktif, Metronic Global tidak berubah pada 5.0 sen, Cnergenz naik 18.5 sen kepada 91 sen, AGMO Holdings melonjak 52.5 sen kepada 78.5 sen, Hartalega menokok 6.0 sen kepada RM1.80 manakala Coraza menambah 6.5 sen kepada 82 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBMT 100 turun 14.71 mata kepada 10,477.44, Indeks FBM Emas Syariah kehilangan 29.28 mata kepada 10,870.96, FBM 70 berkurangan 34.27 mata kepada 12,732.28, FBM ACE meningkat 22.89 mata kepada 4,972.15 manakala Indeks FBM Emas susut 13.81 mata kepada 10,730.03.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 30.56 mata kepada 16,819.34, Indeks Perladangan susut 5.77 mata kepada 7,288.95, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.54 mata kepada 183.03 dan Indeks Tenaga menambah 7.93 mata kepada 667.53.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 1.57 bilion saham bernilai RM1.49 bilion daripada 1.98 bilion saham bernilai RM1.72 bilion pada Rabu.

Waran turut susut kepada 275.28 juta unit bernilai RM47.06 juta berbanding 313.18 juta unit bernilai RM44.86 juta, sebelum ini.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan bertambah kepada 672.04 juta saham bernilai RM410.63 juta daripada 432.65 juta saham bernilai RM143.61 juta, sebelum ini.

Selain itu, kaunter produk dan perkhidmatan peng…

Loading...
Terkini