comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup rendah dalam keadaan pasaran serantau bercampur-campur

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis berikutan tekanan jualan yang berterusan, terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan dalam keadaan prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 0.61 peratus atau 8.98 mata kepada 1,455.58 daripada 1,464.56 semasa ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 1.39 mata kepada 1,463.17 dan bergerak antara 1,454.97 dan  1,463.17 sepanjang sesi.

CIMB menguncup 10 sen to RM5.80, Hong Leong Bank turun 48 sen kepada RM18.98, Public Bank berkurangan lima sen kepada RM4.27 dan Maybank rendah lapan sen kepada RM8.89. Kaunter ini menyebabkan indeks komposit susut dengan gabungan 6.62 mata.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 434 kepada 390, manakala 487 kaunter tidak berubah, 1,004 tidak diniagakan dan 21 lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan turun kepada 3.06 bilion unit bernilai RM2.09 bilion daripada 3.84 bilion unit bernilai RM2.67 bilion semalam.

Loading...
Terkini