comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup rendah hari kelima berturut-turut

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kelima berturut-turut hari ini sekali gus tidak meneruskan kenaikan awal berikutan penjualan pada saat-saat akhir.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 0.14 peratus atau 2.32 mata kepada 1,590.37 daripada 1,592.69 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 0.72 mata lebih tinggi kepada 1,593.41 dan kemudiannya bergerak antara 1,590.00 dan 1,598.16 sepanjang sesi dagangan.

Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah lebih baik apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 600 kepada 585, dengan 477 kaunter tidak berubah, 775 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5.83 bilion unit bernilai RM6.06 bilion daripada 5.03 bilion unit bernilai RM3.42 bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama ditutup kebanyakannya lebih rendah berikutan petunjuk negatif yang meluas daripada Wall Street dalam tempoh semalaman. Saham teknologi berdepan tekanan berikutan kejatuhan saham Nvidia.

Dari sudut positif, beliau berkata pegawai Rizab Persekutuan Amerika Syarikat memberikan isyarat bahawa mereka mungkin menurunkan kadar faedah utama sama ada sekali atau dua kali tahun ini, daripada paras tertinggi dalam tempoh lebih 20 tahun.

“Di dalam negara, kami mengekalkan prospek optimis namun berhati-hati terhadap pasaran tempatan dalam keadaan ketidaktentuan yang semakin meningkat,” katanya kepada Bernama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini