comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup rendah seiring prestasi serantau

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatat penyusutan kecil ketika mengakhiri dagangan Khamis, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang lemah menjelang pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.09 mata atau 0.06 peratus kepada 1,604.26 daripada paras penutup 1,605.35 pada Rabu.

Indeks penanda aras itu yang turun 2.14 mata pada 1,603.21 sewaktu dagangan dibuka, juga bergerak dalam jajaran 1,602.32 hingga 1,608.84 sepanjang sesi dagangan.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Malaysia Kenny Yee Shee Phin berkata FBM KLCI mencatat prestasi lebih baik pada awal hari ini, disokong oleh belian daripada institusi tempatan susulan pengumuman Google mengenai rancangan melabur RM9.4 bilion di Malaysia.

“Indeks utama bergerak melepasi paras 1,600 hari ini selepas minat belian berselang seli dengan aktiviti jualan berikutan kelemahan dalam pasaran serantau,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun susut 1.30 peratus kepada 38,054.13, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 1.34 peratus kepada 18,230.19, Kospi Korea Selatan berkurangan 1.56 peratus kepada 2,635.44 dan Indeks Komposit SSE Shanghai menguncup 0.62 peratus kepada 3,091.68.

Yee berkata peniaga juga menunggu pengumuman data penting AS iaitu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lewat malam ini serta data Perbelanjaan Penggunaan Peribadi yang dijadual pada Jumaat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini