comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan pengambilan untung

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri minggu dagangan dengan ditutup rendah pada hari ini apabila pelabur melakukan pengambilan untung secara sederhana di tengah-tengah kelemahan pasaran serantau, kata seorang peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.78 mata, atau 0.60 peratus, kepada 1,619.40 daripada 1,629.18 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka lebih rendah, turun 4.22 mata kepada 1,624.96, kemudian mengalami turun naik di antara 1,614.83 dan 1,624.96 sepanjang sesi dagangan pada Jumaat.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 845 berbanding 450, dengan 441 kaunter tidak berubah, 670 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 5.61 bilion unit bernilai RM4.58 bilion berbanding 6.2 bilion unit bernilai RM4.67 bilion pada Khamis.

 

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini