comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup tinggi

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup tinggi dengan pasaran kekal kukuh hasil gabungan aktiviti pengambilan untung dan belian saham pada harga rendah.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.22 mata kepada 1,610.17 berbanding 1,608.95 pada penutup Rabu.

FBM KLCI, yang dibuka lebih tinggi 3.63 mata kepada 1,612.58, bergerak di antara paras 1,609.13 dan 1,616.84.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 798 berbanding 447, manakala 453 kaunter tidak berubah, 703 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 5.91 bilion unit bernilai RM4.35 bilion daripada 7.59 bilion unit bernilai RM5.28 bilion semalam.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pelabur kembali memburu harga murah dalam kaunter utiliti dan bank selepas dua hari mengalami kejatuhan, tetapi memilih untuk menolak kaunter telekomunikasi selepas kenaikan sebelumnya.

Bagaimanapun, pasaran adalah positif dan jumlah dagangan harian kekal kukuh. Kebanyakan bursa serantau utama ditutup lebih tinggi, tetapi hasil bon merosot apabila pelabur mengambil kira inflasi AS yang semakin mereda,” katanya.

Thong berkata saham-saham teknologi kekal menjadi fokus utama pelabur kerana keterujaan terhadap kecerdasan buatan (AI) yang mendorong Wall Street mencatat paras tertinggi walaupun terdapat kebimbangan mengenai kadar faedah yang tinggi dan kelembapan ke atas kuasa ekonomi terbesar dunia itu.

“Di peringkat domestik, kami kekal optimistik dengan berhati-hati terhadap permintaan kukuh dalam industri teknologi, sokongan dan yang berkaitan dengan AI.

“Sehubungan itu, kami menjangka indeks penanda aras akan bergerak dalam julat 1,610-1,625 menjelang hujung minggu dengan paras rintangan serta-merta pada 1,620 dan paras sokongan pada 1,610,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini