comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi pada hari terakhir minggu ini, didorong oleh pemulihan yang kukuh dalam ekuiti global dan data ekonomi positif yang baru diumumkan untuk suku ketiga 2022, kata peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.27 peratus atau 18.47 mata kepada 1,468.21 daripada 1,449.74 pada Khamis.

Saham pandu pasaran, yang dibuka tinggi 17.45 mata kepada 1,459.19, bergerak antara 1,459.54 dan 1,468.21 sepanjang hari.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 667 berbanding 275 manakala 401 kaunter tidak berubah, 999 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 3.43 bilion unit bernilai RM2.42 bilion daripada 3.47 bilion unit bernilai RM1.45 bilion pada Khamis. — BERNAMA

Loading...
Terkini